Blogger Layouts
~ Sekadar TEMPAT untuk MEMBEBEL, BERANGAN dan BERCERITA ~

Tuesday, June 7, 2011

Andai KAMU tahu...Perempuan Memang Begini....!!!

Andai KAMU tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai KAMU tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai KAMU tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain KAMU tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Dan apabila perempuan selalu mengatakan 'i love i', itu bermaksud dia mahu lelaki tahu bahawa dia sangat menyintai. 

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata dan resah jika tidak mendapat kabar berita dari kamu.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai KAMU tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai KAMU tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

11 comments:

Anonymous said...

wlau dh beberpe kli bce,bru terperasan ayt ni..."Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda."...OMG,OMG,OMG...Tuan umah,klu masin ayt ni sy x tau...hahaahahaaa...bukan ape...bru2 ni ade gak kehadiran seorg pmpn dlm hidup sy...sy mmg hargai je kehadirn die tu...huhuuuu...tp x tau la in the future mcm mne kn...haha....x gtu...erm ape plak pendpt tuan umah??...hihihi...klu sy mntk msin la ayt ni..blh??????....ha ha ha ha ha ha ha ha

.:: Fiza|Zairi ::. said...

perlu ke OMG!OMG!OMG! tu??????kalo masin ayat tu ekh....knp mintak masin..maniskanlah ia...heheee...nk mintak masin...leh je sy bg garam...ngeh3x...kasi masin...ouh...khadiran seorg pmpuan...(neves nih!!sape3x???)...ape yg awk harapkn in the future tu???

***gelak panjang tu mcm xikhlas jek!!

Anonymous said...

perlu la,mcm terkezut gtu....haha...yela,msin ni konon nye kn termakbul...perghh...dh la sy mntk masin,nk tmbhkn garam plak...adoidai,haha...mmg termakbul je rse...huhuuhuu...nk tau ke spe??...ade la...hehe...oke,in the future eh...ye lorrr...x tau in the future nye cmne...klu sy,dh tntu la sy mntk mcm petikan drpd text tu...haha...tp x tau la org tu lak mcm mne...

opsss....glak pnjg tu tnde heppy coz jumpe ayt yg sebegitu kt entri ni...haha....sure ikhlas okeyyyy...hehe

.:: Fiza|Zairi ::. said...

ouh...tgn ke bahu mata pandang atas la yea...gitu?ylaaa....nk suh tmakbul kna usahakan jgk...ayat tu xmasin dgn sendirinyeee....sb tu la kna tmbah garam...keh3x...ehhh mesti la nk tau...sape3x???sapekah die....xpenah bg tau sye pun...ouh...gelak panjang tu cm teruja la yea...hahahaa....

Anonymous said...

hahaa....usaha tu sdh pasti....tp ade je usaha yg tersia2...yg terkandas di tgh jln nye....kn3?????....huhuuu.....a'ah...btul gak..tp tuan umah lak yg tmbh garam..hmm mmg lbh afdal gtu...heheheee...dh terg lg bersuluh ye cik kunang2 yekkk...hahahaaa...tahu takperrr...teruja sy taw...ape yg d lalui tertulis d sebuah entri...ahakz...hahaahaa...

.:: Fiza|Zairi ::. said...

usaha yg tersia2 tu la xmau...ehhh alamak...sye tolong2kan ajea...terang lg bersuluh ape...tetibe lampi...hekhek...ylaaa....kdg2 kna tulis pe yg di lalui...nnt nk bacee...x gitu???

Anonymous said...

usaha yg tersia2 tu sdh pasti la x d ingini...hehe...xpe,sy izinkn je...tlg la bnyk2 ye...haha...tetibe x tetibe gak r...tp mmg slalu kn...huhuuu....ehhhhh...mslhnye,dh trtulis dlu...bru melalui..hahahaaa....tu yg teruja sgt tu...huhuuu

.:: Fiza|Zairi ::. said...

ouh..boleh yea...heheee...APEKAH!!!???sye salu lampi???ceittt!!!!kdg2 jea laaa...kdg2 buat2 lampi....ngeh3x....ouh patut laaa....bukan lah ia ditujukan kpd seseorang....tp bla ade seseorang...haruslah mau die tau....

Anonymous said...

buat2 ke mmg....hhahahaa...nvr mind...huhu...yes i know it...dan apabila melalui ape yg trtulis tu...sesungguhnye ingn mengmbil tahu dn memahami semua yg terkandung di entri ini..;)....hehe
"yg tertulis oleh si penulis"....hehe

.:: Fiza|Zairi ::. said...

u ni SWEET laa...ishhh kang tersuke kang...haaa...tak tau....

Anonymous said...

erkkk.....tersuka eh??...haha...omg...ehhhh,tpi kn...sy x ksh,sy rela je di suka...hahaaaaa....